Friday, February 26, 2010

Logo Nak Jadi Ape? DI ciplak..

Assalamualaikum,

Salam Semua,

Ini ada berita panas. Bagi yang belum mengetahui, untuk pengetahuan korang sebelum kelab belia meru iv ni ditubuhkan, kita menamakan kelab ini sebagai kelab "Nak jadi ape?". Tetapi disebabkan seruan kerajaan untuk menyatukan semua remaja dan belia dibawah satu malaysia, pihak ajk telah menubuhkan kelab belia meru iv sebagai jalan alternatif kepada remaja2 di meru ini.

Okay, kita balik pd cerita " Nak Jadi Ape?". Ehm, korang tau tak sticker rasmi nak jadi ape?? Takkan tak pernah nampak kot? Kalo korang tgk kat helmet @ motor belia2 kita ni, mst korang perasan.. Agak menarik design nya? Sticker Nak Jadi Ape Konvoi Lagi Tekala 09' ini adalah hasil idea Wak Leh dan Gihan dan di design oleh Yunus dan Harun.

Setelah beberapa lama, nak ditakdirkan, Si Udin Pendekar @ Ex-Penasihat belia meru IV gi la ke kedai kat Bkt. Naga area Shah Alam ke Klang tah.. pehtu, terlihatlah udin akan sticker ni.. banyak plak tu.. SUDAHH.. Design " Nak Jadi ape?" dah diciplak dan telah diedarkan ke serata Malaysia tanpa kebenaran kita. bahaya ni. Ni da menggugat hak kita. So ape kita nak buat? Masing2 ade idea?? Nak wat Hakcipta ? Nak Upah Lawyer??

Hm.. Ni gambar original sticker asal Nak Jadi Ape?..



Nnt aku upload gambar sticker yang da diciplak..

Tuesday, February 9, 2010

Perlawanan Akhir Kejohanan MILO FIGOS DATO' SALLEH AHMAD bawah 21 Tahun

Perlawanan akhir Kejohanan MILO FIGOS DATO' SALLEH AHMAD Bawah 21 Tahun Anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

MEBA FC VS P.N.S.B (Selangor)
1 - 1
Penentuan Penalti (PNSB Menang 4-2)


Alhamdulillah,
Pada hari Ahad bersamaan 7 Februari 2010 telah diadakan perlawanan akhir bagi Pasukan MEBA FC dengan P.N.S.B (Selangor) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya bermula pada 8.00 malam. Selaku penduduk meru IV, Kelab Belia telah menghantar wakil seramai 45 orang sebagai penyokong kepada pasukan MEBA FC. Ini kerana MEBA FC berada di kawasan MERU BARAT, yang terdiri daripada penduduk TAMAN MERU IV, MERU INDAH, MERU BARAT (Perumahan), Jalan Kopi dan Sebagainya. Dengan rombongan sebanyak 15 bas sekolah yang dibekalkan kepada penyokong, kami lantas menuju ke Stadium.

Acara bermula dengan perlawanan persahabatan antara AKADEMI MEBA dan AKADEMI P.N.S.B yang menyaksikan persaingan sengit antara ke dua-dua pasukan. Selesai perlawanan persahabatan, perlawanan yang dinanti-nantikan akhirnya bermula. Perlawanan dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Selangor yang dinyanyikan bersama para penyokong. Banner WE PLAY FAIR GAME di bawa ke tengah padang bagi menunjukkan perlawanan secara adil bagi kedua-dua belah pihak. Selepas itu, panggilan nama2 pemain bagi kedua dua pihak dilakukan.
"Suara penyokong MEBA FC lebih kuat dan menggegarkan stadium diiringi dengan bunyi kompang dan Rebana oleh penyokong fanatik MEBA FC".
Perlawanan dimulakan dan MEBA FC dilihat lebih agresif berbanding pasukan lawan. Walaubagaimanapun, beberapa minit selepas perlawanan dimulakan, pasukan lawan telah menjaringkan 1 jaringan cantik dari tendangan sudut yang ditanduk masuk oleh pemain penyerang pasukan lawan. Pasukan MEBA FC dilihat mula goyah. Mereka diserang bertubi-tubi tetapi banyak percubaan pasukan lawan disia-siakan. Selepas 5 minit, pasukan MEBA FC dilihat dapat kembali momentum dan cuba dengan banyak serangan bahaya. Akhirnya peluang datang selepas pemain MEBA dikasari di kawasan luar kotak. Penyerang MEBA FC, Saiful mengambil tendangan percuma dan GOLLLL. Dia berjaya mengelirukan penjaga gol dan benteng pihak lawan dengan tendangan yang sangat cantik.

Perlawanan berterusan sehingga tamat separuh masa pertama. 1-1 tiada perubahan. Selepas 15 minit, perlawanan separuh masa kedua dimulakan. Banyak kekasaran dilakukan dan kedua-dua pasukan tidak menyerah kalah. Pertukaran pemain dibuat bagi memastikan gol dapat dijaringkan. Pasukan MEBA FC kini kehilangan seorang pemain setelah pemain lawan dikasari oleh pemain RB MEBA FC, Mamat. Dia dilayangkan Kad merah. MEBA FC terpaksa membuat pertukaran bagi memastikan benteng tidak mudah dimasuki pihak lawan. Pihak lawan dilihat banyak cubaan berbahaya.Tetapi malangnya banyak percubaan tidak dapat disempurnakan. Separuh masa kedua juga tiada perubahan dan perlaawan terpaksa di bawa ke masa tambahan.

Bagi masa tambahan pula, tiada jaringan juga dan perlawanan akhirnya terpaksa dibawa ke penentuan penalti. MEBA FC akhirnya kalah setelah 2 gol tidak dapat disempurnakan. Walaupun kecewa dengan kekalahan MEBA FC, para penyokong dilihat tidak terlalu fanatik dan dapat menerima dengan seadanya. Para penyokong daripada KELAB BELIA MERU IV kembali ke dalam bas untuk balik ke rumah. Pada pukul 12 tengah malam, bas pun sampai dan belia semua balik ke rumah masing-masing.

Sekian,
Wassalam.

Friday, January 29, 2010

TEMASYA CABARAN BASIKAL LASAK JELAJAH MERU


Kepada semua ahli Belia M4 dan gabungan belia meru dijemput hadir memeriahkan program.

Friday, December 25, 2009

Majlis Pelancaran Penubuhan Kelab Belia Meru IV

Anda semua dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran dan perasmian bagi memeriahkan majlis pada malam itu. Diharap dapat hebah2kan kepada semua. Makanan juga ada disediakan.. So apa tunggu lagi.. Datang tau majlis tu nanti..

Tuesday, December 15, 2009

Sijil Perakuan Pendaftaran (Salinan Digital)

Salam semua,

Di bawah ini adalah salinan digital Sijil Perakuan Pendaftaran yang sah.





Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan Kelab Belia Taman Meru IV, anda boleh menghantar email ke blog.beliameru4@gmail.com. Pendaftaran Ahli telah dibuka bermula pada 14 Dec 2009. Sekiranya anda berminat, sila hantar emel kepada blog.beliameru4@gmail.com dan tuliskan subject emel sebagai 'Pendaftaran Ahli'. Borang akan diberikan melalui emel sekiranya anda tidak mendapat borang ahli by hand. Untuk makluman, pendaftaran 100 ahli terawal akan mendapat baju percuma. So, apa lagi, cepat-cepatlah daftar sekarang!!

Saturday, December 5, 2009

PERAKUAN PENDAFTARAN PPBM (5303/09)


Salam..
alhamdulillah & syukur ke hadrat allah s.w.t kerana dengan izinnya KELAB BELIA MERU IV @ BELIA M4 (PPBM 5303/09) ini telah berjaya didaftarkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia bertarikh 27 Okt 2009

Saturday, September 19, 2009

سلامت هاري رايا عيدالفطري


السلام عليكم
Salam 1Malaysia & 1Belia...
Dengan rasa rendah diri, kami belia meru 4 mengucapkan SELAMAT HARI AIDILFITRI kepada seluruh umat islam, penggiat belia di Malaysia & juga kepada seluruh kenalan belia-belia meru 4...
Kami menyusun 10 jari mohon ampun & maaf sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan & kesilapan sepanjang perkenalan & pertemuan khususnya kepada umat manusia diseluruh Malaysia & seluruh dunia...Semoga kehadiran syawal kali ini dapat memberi lembaran baru di dalam kehidupan & perjuangan kita...Disamping menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, kami menyeru kepada seluruh umat islam agar berhati-hati ketika memandu di dalam perjalanan pulang ke kampung halaman & sentiasa berwaspada/melakukan pencegahan yang sebaik mungkin dalam mencegah sebarang penyakit di musim perayaan ini khasnya...Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN...