Tuesday, February 9, 2010

Perlawanan Akhir Kejohanan MILO FIGOS DATO' SALLEH AHMAD bawah 21 Tahun

Perlawanan akhir Kejohanan MILO FIGOS DATO' SALLEH AHMAD Bawah 21 Tahun Anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

MEBA FC VS P.N.S.B (Selangor)
1 - 1
Penentuan Penalti (PNSB Menang 4-2)


Alhamdulillah,
Pada hari Ahad bersamaan 7 Februari 2010 telah diadakan perlawanan akhir bagi Pasukan MEBA FC dengan P.N.S.B (Selangor) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya bermula pada 8.00 malam. Selaku penduduk meru IV, Kelab Belia telah menghantar wakil seramai 45 orang sebagai penyokong kepada pasukan MEBA FC. Ini kerana MEBA FC berada di kawasan MERU BARAT, yang terdiri daripada penduduk TAMAN MERU IV, MERU INDAH, MERU BARAT (Perumahan), Jalan Kopi dan Sebagainya. Dengan rombongan sebanyak 15 bas sekolah yang dibekalkan kepada penyokong, kami lantas menuju ke Stadium.

Acara bermula dengan perlawanan persahabatan antara AKADEMI MEBA dan AKADEMI P.N.S.B yang menyaksikan persaingan sengit antara ke dua-dua pasukan. Selesai perlawanan persahabatan, perlawanan yang dinanti-nantikan akhirnya bermula. Perlawanan dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Selangor yang dinyanyikan bersama para penyokong. Banner WE PLAY FAIR GAME di bawa ke tengah padang bagi menunjukkan perlawanan secara adil bagi kedua-dua belah pihak. Selepas itu, panggilan nama2 pemain bagi kedua dua pihak dilakukan.
"Suara penyokong MEBA FC lebih kuat dan menggegarkan stadium diiringi dengan bunyi kompang dan Rebana oleh penyokong fanatik MEBA FC".
Perlawanan dimulakan dan MEBA FC dilihat lebih agresif berbanding pasukan lawan. Walaubagaimanapun, beberapa minit selepas perlawanan dimulakan, pasukan lawan telah menjaringkan 1 jaringan cantik dari tendangan sudut yang ditanduk masuk oleh pemain penyerang pasukan lawan. Pasukan MEBA FC dilihat mula goyah. Mereka diserang bertubi-tubi tetapi banyak percubaan pasukan lawan disia-siakan. Selepas 5 minit, pasukan MEBA FC dilihat dapat kembali momentum dan cuba dengan banyak serangan bahaya. Akhirnya peluang datang selepas pemain MEBA dikasari di kawasan luar kotak. Penyerang MEBA FC, Saiful mengambil tendangan percuma dan GOLLLL. Dia berjaya mengelirukan penjaga gol dan benteng pihak lawan dengan tendangan yang sangat cantik.

Perlawanan berterusan sehingga tamat separuh masa pertama. 1-1 tiada perubahan. Selepas 15 minit, perlawanan separuh masa kedua dimulakan. Banyak kekasaran dilakukan dan kedua-dua pasukan tidak menyerah kalah. Pertukaran pemain dibuat bagi memastikan gol dapat dijaringkan. Pasukan MEBA FC kini kehilangan seorang pemain setelah pemain lawan dikasari oleh pemain RB MEBA FC, Mamat. Dia dilayangkan Kad merah. MEBA FC terpaksa membuat pertukaran bagi memastikan benteng tidak mudah dimasuki pihak lawan. Pihak lawan dilihat banyak cubaan berbahaya.Tetapi malangnya banyak percubaan tidak dapat disempurnakan. Separuh masa kedua juga tiada perubahan dan perlaawan terpaksa di bawa ke masa tambahan.

Bagi masa tambahan pula, tiada jaringan juga dan perlawanan akhirnya terpaksa dibawa ke penentuan penalti. MEBA FC akhirnya kalah setelah 2 gol tidak dapat disempurnakan. Walaupun kecewa dengan kekalahan MEBA FC, para penyokong dilihat tidak terlalu fanatik dan dapat menerima dengan seadanya. Para penyokong daripada KELAB BELIA MERU IV kembali ke dalam bas untuk balik ke rumah. Pada pukul 12 tengah malam, bas pun sampai dan belia semua balik ke rumah masing-masing.

Sekian,
Wassalam.

No comments:

Post a Comment