Saturday, September 19, 2009

سلامت هاري رايا عيدالفطري


السلام عليكم
Salam 1Malaysia & 1Belia...
Dengan rasa rendah diri, kami belia meru 4 mengucapkan SELAMAT HARI AIDILFITRI kepada seluruh umat islam, penggiat belia di Malaysia & juga kepada seluruh kenalan belia-belia meru 4...
Kami menyusun 10 jari mohon ampun & maaf sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan & kesilapan sepanjang perkenalan & pertemuan khususnya kepada umat manusia diseluruh Malaysia & seluruh dunia...Semoga kehadiran syawal kali ini dapat memberi lembaran baru di dalam kehidupan & perjuangan kita...Disamping menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, kami menyeru kepada seluruh umat islam agar berhati-hati ketika memandu di dalam perjalanan pulang ke kampung halaman & sentiasa berwaspada/melakukan pencegahan yang sebaik mungkin dalam mencegah sebarang penyakit di musim perayaan ini khasnya...Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN...



Tuesday, September 8, 2009

BUBUR LAMBUK MINGGU TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN 2009

السلام عليكم
Salam ramadhan & Salam 1Malaysia...
Kepada semua Belia meru 4...

Minggu ini (Ahad,13 sept2009) merupakan hari terakhir program bubur lambuk akan dijalankan untuk tahun 2009 bersamaan 1430m...
Program ini juga akan berlanjutan pada setiap tahun semasa kedatangan bulan ramadhan yang mulia...
bagi memantapkan lagi program bubur lambuk ini, Oleh itu diharapkan, para belia meru 4 dapat menghadirkan diri bersama-sama menjayakan program bubur lambuk pada tahun-tahun yang akan datang...
Insyaallah...
Program ini juga merupakan salah satu program jawatankuasa Surau Nurussaadah Taman Meru 4...
Selain daripada program gotong royong perdana bagi membuat persiapan menjelang bulan ramadhan...
Program ini merupakan satu tradisi @ program tahunan yang telah berlarutan pada tahun-tahun sebelum ini...
Jawatankuasa belia mengharapkan penglibatan belia yang lebih ramai lagi didalam memperluaskan pemprosesan bubur lambuk tersebut...
Dikesempatan ini juga, jawatankuasa belia mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri...
maaf zahir & batin...
Semoga aidilfitri pada tahun ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita semua...

ICU JPM BANTU BINA SURAU BARU

Monday, September 7, 2009

Program Berbuka Puasa Belia Meru IV

السلام عليكم ورحمث الله وبراكته


Majlis berbuka puasa tahunan sempena bulan ramadhan akan diadakan dan jemputan kehormat kepada belia & beliawanis meru 4.berikut adalah ketetapan program tersebut:-

Tarikh: 12sept2009 (sabtu)
Jam: 6p.m.
Lokasi: Restoran antan batura, Shah alam
Bertempat di tasik shah alam seksyen 2
Menu: Masakan kampung, ayam, kambing, dan macam-macam lg (buffet)
Bayaran: RM 25.50 seorang

Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila kemukakan kepada saudara nazamudin, nazif @ edy sebelum @ paling lewat 10sept2009.Diharapkan dengan kehadiran saudara/saudari dapat mengutuhkan lagi tali persahabatan/persaudaraan sesama kita.Insyaallah




Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN-52

Salam...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
kepada semua ahli-ahli belia meru4 & penggiat belia diseluruh negara, Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52.marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan negara kita MALAYSIA.jadikan wadah belia sebagai salah satu kita mengenang jasa para wira & wirawati tanah air yang telah berkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan.terima kasih kepada bapa kemerdekaan & pejuang bangsa kita, TUNKU ABDUL RAHMAN & DATO ONN JAAFAR.selamilah filem HATI MALAYA sebagai mengenag segala peristiwa-peristiwa kemerdekaan tanah air...
marilah belia & beliawati negara, kita sahut cabaran di arus permodenan ini untuk memperkasakan 1MALAYSIA
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salam Kemerdekaan...

Friday, August 28, 2009

Program Bubur Lambuk

Salam...
kepada sahabat-sahabat semua.dimaklumkan program bubur lambuk anjuran jawatankuasa surau nurussaadah akan diadakan pada setiap hari ahad di bulan puasa bermula pada jam 2petang.saudara/saudari dijemput hadir dalam memberikan kerjasama disamping beribadah dibulan ramadhan yang mulia...
salam ramadhan...

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan

Salam
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa terutama sekali kepada semua rakan, teman, sahabat, kawan, saudara, kenalan & saudara islamku. diharapkan bulan ramadahan kali ini dapat memberikan pengertian yang lebih bermakna kepada kita.

Selamat Berpuasa...